Kajian Kes 1: Penderaan kanak-kanak dan keganasan rumahtangga, di manakah akhirnya?
Jadi siapakah yang perlu dipersalahkan? Kenapa semua ini boleh terjadi? Apakah
tindakan yang boleh diambil bagi memberi kesedaran kepada si pemangsa? Atau
adakah badan-badan tertentu atau akta-akta yang boleh digunakan untuk membantu
mangsa bagi mencegah perkara ini daripada terus bemaharajalela?
Tidak dapat dinafikan kebanyakan masyarakat terutama mangsa
tidak mengetahui apakah hak-hak mereka, siapa yang perlu dirujuk dan bagaimana
cara terbaik jika mereka adalah mangsa penderaan kanak-kanak atau keganasan
rumah tangga.
Ini menjadikan mereka terus-menerus terpaksa menghadapi
penyeksaan tersebut berulang kali. Jika mangsa adalah kanak-kanak seharusnya
yang perlu tampil ke hadapan adalah penjaga atau saudara mara terdekat atau
jiran tetangga.
Sanggupkah kita saban hari melihat atau mendengar perkara ini berleluasa
sehingga melibatkan kehilangan nyawa? Tentu sekali tidak! Kerana kita masih ada
nilai-nilai kemanusiaan dalam diri.
PENGENALAN KES
Berdasarkan kes di atas, isu
keganasan rumah tangga dan penderaan kanak-kanak sangat membimbangkan. Malah,
kita juga sering mendengar isu ini melalui laman sosial atau di kaca
televisyen. Isu ini bukanlah isu baru malah semakin berleluasa sejak musim
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan pada 18 Mac 2020 berikutan
pandemic Covid-19 yang melanda di negara Malaysia. Berdasarkan statistik yang
dinyatakan oleh bahagian Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
(KPWKM), sebanyak 1,929 aduan berkaitan kes keganasan rumah tangga semenjak PKP
(18 Mac 2020) yang lalu. Di dalam hal ini, siapa yang perlu dipersalahkan?
Kenapa perkara ini boleh berlaku tanpa sebab yang munasabah? Adakah
langkah-langkah yang boleh diambil untuk memberi kesedaran kepada pemangsa?
Adakah agensi-agensi yang terlibat dalam menangani isu ini? Tidak dapat
dinafikan kebanyakan masyarakat terutama mangsa tidak mengetahui apakah hak-hak
mereka, siapa yang perlu mereka rujuk dan bagaimana langkah terbaik jika mereka
ialah mangsa penderaan kanak-kanak atau keganasan rumah tangga.
FAKTOR KES
Faktor yang menyebabkan terjadinya isu keganasan rumah tangga ialah tekanan hidup yang dihadapi oleh sang suami. Tekanan diri yang dialami oleh suami untuk meneruskan kehidupan yang semakin mencabar kekuatan seseorang lelaki seperti menghadapi masalah kewangan menjadi penyebab para suami tidak dapat mengawal diri mereka daripada bertindak ganas. Seseorang bapa dan suami yang sering diharapkan untuk memenuhi kehendak isteri serta anak-anak mereka, dianggap sebagai satu bebanan oleh suami yang mempunyai masalah kewangan yang melampau. Suami atau bapa yang menghadapi tekanan tersebut akhirnya hilang kawalan dan menyeksa isteri atau anak-anak dari segi mental dan fizikal.
Bebanan hutang yang banyak turut menyebabkan tekanan mental yang serius terhadap seseorang suami. Sang suami tergamak menjual isteri atau anak-anak kepada golongan tertentu seperti ‘ahlong’ kerana mereka mengganggap cara itu merupakan cara terakhir yang dimiliki oleh mereka untuk menyelesaikan hutang. Setelah didera dengan kejam oleh suami yang diharapkan bagi melindungi dan mencurahkan kasih sayang kepada mereka, kemudiannya mereka akan dipaksa untuk melakukan kerja yang mudah untuk mendapatkan wang seperti menjadi pelacur.
Bebanan kerja yang banyak di tempat kerja menyebabkan suami itu berasa bahawa isteri dan anak-anak boleh dijadikan objek untuk melepaskan geram. Objek yang dimaksudkan bukan sahaja sebagai tempat untuk mereka melepaskan geram tetapi juga melepaskan kemarahan mereka dengan cara melakukan kekerasan terhadap keluarga mereka. Semasa di tempat kerja, mereka dileteri dan dimarahi oleh majikan mereka, selain dibebani dengan kerja yang banyak. Jadi, dendam yang terbuku dalam hati terhadap majikan mereka dilepaskan pula kepada isteri dan anak-anak mereka yang sepatutnya dilimpahi dengan kasih sayang yang secukupnya daripada seorang bapa dan suami.
KESAN KES
Kesan yang dapat dikaji daripada kes ini ialah perpecahan sesebuah keluarga. Anak-anak di dalam sesebuah keluarga menjadi mangsa. Anak-anak ini akan kehilangan kasih sayang daripada ibu atau bapa, ini menyebabkan anak-anak murang,kurang keyakinan diri, dan akan mengambil jalan mudah untuk menyelesaikan masalah seperti bunuh diri. Selain itu, mereka juga ada kemungkinan meluahkan perasaan mereka dengan membuli orang, mempukul orang, menagih dadah,berjudi,dan sebagainya.
Keadaan keluarga yang tidak stabil dan sering bergaduh boleh menyebabkan penceraian berlaku. Suami yang tidak menunaikan tanggungjawab dengan baik, ilmu yang tidak lengkap dalam hal-hal pengurusan rumahtangga boleh menyebabkan keadaan keluarga tidak teratur dan sering berlaku pertelingkahan. Kurangnya pengetahuan dalam agama juga menyebabkan bilangan kes penceraian meningkat.
SOLUSI KES
Setiap permasalahan pasti ada jalan penyelesaian, begitu juga dengan masalah penderaan kanak-kanak dan keganasan rumah-tangga. Kes ini boleh ditangani melalui rawatan di bawah pusat yang bernama One Stop Crisis Centre (OSCC). Pusat ini merupakan suatu tempat perkhidmatan dan berintegrasi untuk mengendalikan kes-kes penderaan dan jenayah seksual. Mangsa yang menghadapi masalah ini akan ditempatkan di bilik khas yang bertujuan untuk memberi privasi kepada mereka yang mana semua perawat akan datang ke bilik tersebut setiap masa. Mereka juga perlu diberi perlindungan dengan menempatkan mereka di kawasan yang selamat. Mangsa akan dirawat melalui temujanji yang telah ditetapkan oleh pihak hospital bagi memberi rawatan sepenuhnya. Oleh itu, pemulihan boleh dilakukan dengan menyerah diri di hospital bagi mendapat rawatan dan perlindungan yang sepatutnya.
Di samping itu, penderaan kanak-kanak dan keganasan rumah tangga juga boleh ditangani dengan membuat laporan di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Kerja Sosial Perubatan (JKSP) ataupun di balai polis yang berhampiran. Hal ini adalah bertujuan untuk membawa kes ini ke muka pengadilan bagi mendapatkan jalan penyelesian. JKSP dan JKM memegang fungsi yang sama iaitu menjadi pusat perlindungan bagi setiap mangsa yang mengalami masalah keganasan rumah tangga. Mangsa akan mendapatkan khidmat nasihat dan bimbingan daripada pihak bertugas yang mana ia bertujuan untuk mengelakkan hal sebegini terjadi di kemudian hari. Justeru itu, tempat-tempat ini dapat menyelesaikan kes penderaan kanak-kanak dan keganasan rumah tangga dengan memberi hak yang sepatutnya diterima seterusnya memberi perlindungan kepada mangsa.
PENGAJARAN KES
Pengajaran
yang diperoleh hasil daripada kes ini ialah keganasan rumah tangga semakin
membimbangkan di negara kita. Begitu juga dengan isu penderaan kanak-kanak.
Selepas PKP dilaksanakan, sebanyak 1,929 aduan kes rumah tangga yang dikeluarkan oleh bahagian Kementerian
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM). Faktor yang mengundang
berlakunya keganasan rumah tangga seperti beban hutang, tekanan di tempat kerja
dan tekanan hidup oleh para suami akan menjejaskan keharmonian rumah tangga
kerana isteri dan anak-anak mereka akan berasa terancam oleh sikap keganasan
suami. Kesannya, akan berlaku perpecahan keluarga dan perceraian.
Bagi
menangani kes ini, satu rawatan pusat yang dipanggil One Stop Crisis Centre
(OSCC) merupakan suatu tempat perkhidmatan dan berintegrasi untuk mengendalikan
kes-kes penderaan dan jenayah seksual. Mangsa yang menghadapi masalah penderaan
akan ditempatkan di bilik khas yang bertujuan untuk memberi privasi kepada
mereka serta diberi perlindungan dengan menempatkan mereka di kawasan yang
selamat. Mangsa akan dirawat melalui temujanji yang telah ditetapkan oleh pihak
hospital bagi memberi rawatan sepenuhnya. Penderaan kanak-kanak dan keganasan
rumah tangga juga boleh ditangani dengan membuat laporan di Jabatan Kebajikan
Masyarakat (JKM), Jabatan Kerja Sosial Perubatan (JKSP) ataupun di balai polis
yang berhampiran. JKSP dan JKM memegang fungsi yang sama iaitu menjadi pusat
perlindungan bagi setiap mangsa yang mengalami masalah keganasan rumah tangga. Mangsa
akan mendapatkan khidmat nasihat dan bimbingan daripada pihak bertugas yang
mana bertujuan untuk mengelakkan perkara sebegini terjadi di masa akan datang.
Tempat-tempat ini dapat menyelesaikan kes penderaan kanak-kanak dan keganasan
rumah tangga dengan memberi hak yang sepatutnya diterima seterusnya memberi
perlindungan kepada mangsa.
Sebagai
mangsa dan individu dalam masyarakat, kita sewajarnya peka terhadap hak kita
sebagai individu, ahli dalam keluarga, sebagai anak dan sebagai isteri. Dengan
adanya kerjasama daripada semua kita berharap masalah keganasan rumah tangga
serta penderaan kanak-kanak dapat dibendung dan diadili dengan seadil-adilnya.
RUMUSAN KES
Tuntasnya, kes penderaan kanak-kanak dan keganasan rumah tangga bukanlah isu peribadi semata-mata. Malahan, masalah ini dapat diselesaikan melalui kerjasama dari semua pihak terutama ahli keluarga dan jabatan. Hal ini kerana kes sebegini memberi kesan pada mental dan fizikal yang boleh memberi kesan yang lebih serius sekiranya tidak ditangani. Oleh itu, situasi sesebuah rumah tangga yang bahagia adalah merangkumi kesabaran, saling hormat-menghormati dan bantu-membantu yang perlu ada dalam diri setiap ahli keluarga. Kebahagian rumah tangga merupakan satu tanggungjawab terletak pada semua ahli keluarga.
RUJUKAN KES
Dr Azirawati Ismail, 2021
DISEDIAKAN OLEH
MUHAMMAD AZAHARI BIN KHAIDZIR (62212118389)
Comments
Post a Comment