KAJIAN KES 3: EPISOD HITAM DIDERA BAPA KANDUNG
KUALA LUMPUR: Didera, dihina dan diganggu secara
seksual. Begitulah penderitaan dialami oleh Hidayah (bukan nama sebenar) yang
menjadi mangsa kezaliman bapa kandung sendiri.
Hidayah, 24, bersama anaknya 'terperangkap' di rumah ibu bapa
di Seremban, Negeri Sembilan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
dikuatkuasakan pada Mac lalu, manakala suaminya bekerja di Labuan.
Ibarat kata pepatah, harapkan pegar, pegar makan padi,
begitulah azab kehidupan Hidayah, anak sulung yang menumpang di rumah ibu
bapanya dan terus menjadi mangsa gangguan seksual dan penderaan bapa sendiri
sejak usia tujuh tahun.
Hidayah yang kini hamil empat bulan anak kedua, mendakwa ibu
dan lima adiknya turut menjadi mangsa penderaan bapa yang juga seorang
penganggur, kaki judi serta penagih dadah.
Lebih menjelikkan apabila, anak lelaki Hidayah yang baru
berusia enam bulan turut diganggu datuknya. Tidak cukup sikap keji bapanya itu,
mereka sekeluarga sering berdepan cacian serta tempikan bapanya sepanjang hari.
Hidayah, berkata beliau didera bapanya sejak kecil dan
mendakwa dipukul hampir keseluruhan anggota badan seperti di kepala, tangan,
perut, dahi dan bibir sehingga meninggalkan kesan luka serta lebam.
"Ayah menggunakan objek seperti kayu, besi malah kerusi
untuk memukul saya," katanya menambah walaupun beliau boleh meninggalkan
rumah dan hidup bersama suami, namun perasaan takut menyelubungi Hidayah
menjadi batu penghalang untuk menyelamatkan diri daripada 'cengkaman' bapanya.
Episod hitam dialami Hidayah dan sikap zalim bapanya itu adalah antara corak kes keganasan rumah tangga membabitkan si pendera mungkin daripada suami, anggota keluarga terdekat atau penjaga.
PENGENALAN KES
Berdasarkan kes di atas, seorang wanita bernama Hidayah menjadi mangsa keganasan ayahnya dan didera secara seksual. Perkara ini memberi tamparan yang buruk untuk keluarga tersebut apabila beliau dari sejak kecil menjadi mangsa ayahnya dan juga datuknya. Perkara ini semakin menajadi-jadi apabila ketiadaan suaminya yang bekerja di luar kawasan. Ayahnya juga menggunakan objek yang keras untuk mendera mangsa termasuk Hidayah dan ibunya. Perkara ini terjadi akibat tindakan si bapa yang terpangaruh dengan aktiviti judi dan juga alkohol. Oleh kerana itu, tiada yang berani mencampuri hal keluarga ini dalam memberi bantuan akibat rasa takut jika diapa-apakan dikemudian hari.
FAKTOR KES
Antara punca berlakunya perkara sedemikian kerana adalah
kerana sikap si bapa yang tiada nilai integriti dan juga kasih sayang dalam
membentuk sebuah keluarga yang harmoni. ini dapat apabila Hidayah dan ibunya
dipukul dengan objek keras sehingga mendatangkan kecederaan kepada mangsa. Si
bapa ini bukanlah manusia tapi seekor binatang yang tiada sifat kemanusiaan. Faktor
ini mendorong si mangsa untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa selepas mengalami
kecederaan secara serius tidak kira fizikal ataupun mental.
Faktor lain yang boleh diambil kira juga ialah kurangnya didikan agama dalam sebuah keluarga. Seperti yang kita tahu Islam merupakan agama yang amat menitikberatkan soal kekeluargaan namun kebanyakan manusia hanya bernama Islam tapi perangai tidak melambangkannya. Oleh itu, melalui kes Hidayah ini kita dapat lihat yang beliau juga didera secara seksual oleh datuknya akibat nafsu yang tidak boleh dikawal. Ini membuktikan institusi kekeluargaan ini tersengatlah lemah hingga membawa kepada hubungan di luar fitrah manusia.
KESAN KES
Melalui kisah Hidayah ini membuka mata masyarakat bahawa kes ini sebenarnya memang benar-benar terjadi. Penderaan secara seksual, fizikal dan hubungan seks di luar konteks manusia ini sebenarnya memberi kesan besar dalam kehidupan Hidayah umumnya. Kesannya juga memberi kesan lebam di tubuh badan si mangsa dan juga ibunya didera di depan mata memberi kesan mental yang amat mendalam kepada mereka. Ini tidak ditambah lagi dia menjadi mangsa cabul dan seksual oleh datuknya sendiri dek kerana ingin memuaskan nafsu. Namun begitu, kes ini telah dilaporkan kepada pihak berkuasa malah sudah diselesaikan namun luka yang berbekas tidak akan hilang semudah itu kerana keluarga mangsa perlu dirawat dengan rawatan psikologi bagi memulihkan kekuatan dan kecekalan si mangsa pada umumnya untuk menghadapi ujian pada hari yang mendatang.
SOLUSI KES
Antara solusi yang boleh diambil dalam menangani masalah ini ialah setiap pasangan perlu menilai pasangan mereka sebelum membina “Mahligai” kebahagiaan mereka. Hal ini dikatakan demikian kerana buktinya dapat dilihat apabila si ibu kepada Hidayah telah salah memlih pasangan hidup dimana suaminya sendiri tegar mendera anaknya sendiri. Di dalam agama sendiri menyebut, pemilihan pasangan perlulah mempunyai ciri-ciri “Ad-Dien” iaitu yang beragama. Melalui nilai agama yang cukup pada diri seseorang akan memainkan peranan yang penting dalam membentuk institusi keluarga yang bahagia. Oleh itu, perlunya pemilihan pasangan yang baik untuk mengelakkan kesengsaraan di kemudian hari.
Solusi lain yang boleh diambil untuk menangani masalah seperti ini adalah dengan melaporkan perkara ini secepat mungkin kepada pihak atasan untuk disiasat. Kebanyakan benda ini berlaku adalah kurangnya kesedaran oleh masyarakat kerana terlampau sayang kepada keluarga mereka sehingga sanggup didera secara fizikal dan mental namun bila sudah sampai satu tahap mereka telah terlambat sehingga syurga yang dibina menjadi neraka. Oleh itu, perlunya tindakan yang pantas jika berlaku perkara sebegini di kemudian hari agar tidak berulang dan kes seperti ini dapat dihapuskan serta merta dalam masyarakat.
RUMUSAN KES
Institusi kekeluargaan sebenarnya adalah syurga untuk berkasih sayang namun disebabkan kurangnya agama dan juga sikap jahil dalam diri menyebabkan perkara ini mencetuskan keganasan rumah tangga. Oleh itu, institusi kekeluargaan perlulah dibina dengan rasa kasih sayang dan nilai agama agar keluarga yang dibina dikemudian hari tidak musnah dan menjadi tauladan untuk anak-anak. Keluarga yang bahagia adalah keluarga yang harmoni, jika dibina dengan cara yang betul akan membina jalan yang diredhai oleh Allah S.W.T dalam mengejar syurganya.
RUJUKAN RINGKAS
Berita Harian, 2020
DISEDIAKAN OLEH
MUHAMMAD WAJIHUDDIN BIN ADNAN (62212118060)
Comments
Post a Comment