KAJIAN KES 5 : TIADA DUIT UNTUK BAYAR HUTANG, SUAMI CEDERA DIPUKUL ISTERI

 


Mangsa telah membuat laporan polis, sementara isteri pula sudah melarikan diri. Seorang mekanik luka dan lebam di muka, mulut serta dagu selepas dipukul isterinya dalam kejadian di rumah mereka di Flat Desa Damai, Sg. Rambai di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, mangsa berusia 38 tahun baru balik kerja dan isterinya yang berada di rumah meminta wang daripada suaminya kerana mahu membayar hutang.

"Lelaki itu mendakwa dia memaklumkan kepada isterinya yang dia tiada wang tetapi wanita berkenaan tidak percaya dan berlaku pertengkaran antara mereka sebelum suspek bertindak menumbuk serta menendang muka suaminya.

"Semasa kejadian itu, dua anak mereka, masing-masing lelaki dan perempuan berusia 17 dan 15 tahun berada di rumah. 

"Anak lelaki mangsa bertindak meleraikan pergaduhan berkenaan," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Beliau berkata mangsa yang mengalami kecederaan mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Bukit Mertajam, di sini. Nik Ros Azhan berkata lelaki itu membuat laporan polis.

Katanya wanita itu yang berusia 35 tahun dan tidak bekerja, bertindak melarikan diri dari rumah sewa mereka dengan membawa anak perempuannya sejurus selepas kejadian berkenaan. Usaha mengesan wanita itu giat dijalankan.

"Siasatan juga mendapati wanita itu pernah ditahan kerana kesalahan yang sama, memukul suaminya pada tahun lepas.

"Bagaimanapun lelaki berkenaan kemudian menarik semula laporan polis yang dibuatnya," katanya.


PENGENALAN KES

   Isu keganasan rumah tangga ini perlulah dititikberatkan terutama ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dilaksanakan di negara kira. Hal ini kerana statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan sepanjang Januari hingga Disember 2020, sebanyak 5,260 kes keganasan rumah tangga telah dibuka kertas siasatan, manakala merujuk kepada statistik Talian Kasih KPWKM, dalam tempoh sama, sebanyak 2,540 kes keganasan rumah tangga telah diterima. Bagi empat bulan pertama untuk tahun 2021 iaitu dari Januari hingga April, sebanyak 902 kes keganasan rumah tangga telah dilaporkan. Jesteru, isu keganasan rumah tangga ini perlulah kita mengambil serius dan melakukan pelbagai tindakan untuk membendung terjadinya di dalam masyarakat kita terutamanya yang beragama Islam.


FAKTOR KES

   Terdapat beberapa faktor mengapa kes keganasan rumah tangga ini berlaku. Antaranya ialah tiada ilmu untuk mengurus konflik. Setiap insan terutamanya umat Islam haruslah mempunyai ilmu untuk menguruskan dalam kehidupan mereka termasuklah dalam mengurus konflik hidup dengan baik. Tidak mengira umur dan jantina kita seharusnya mempersiapkan diri dengan ilmu ini untuk kesejahteraan hidup diri sendiri dan juga hidup orang sekeliling terutamanya apabila mendirikan rumah tangga ataupun mempunyai sebuah keluarga. Kebiasaan sebuah keluarga akan selalu timbul dengan pelbagai konflik dan karenah masing-masing. Ilmu mengurus konflik hidup ini perlu diterapkan di dalam diri pasangan suami isteri dan anak-anak demi menjaga keharmonian sesebuah keluarga. Jika tiada ilmu untuk mengurus konflik hidup ini maka agak sukar meneruskan hidup dengan tenang dan bermulah pelbagai masaalah atau konflik yang akan datang. Oleh itu, ilmu untuk mengurus konflik ini amat penting bagi menguruskan emosi, tingkah laku dan tindakan yang waras boleh dibuat untuk membendung berlakunya sebarang tindakan keganasan rumah tangga di dalam sebuah keluarga.

   Seterusnya, lemahnya iman di dalam diri juga dapat menjadi faktor untuk berlakunya keganasan rumah tangga. Iman agama di dalam diri diperlukan dalam mendirikan rumah tangga kerana ianya dapat menyedarkan takutnya kepada dosa menzalimi suami,isteri dan anak-anak. Sesetengah daripada mereka yang melakukan keganasan rumah tangga mempunyai ilmu agama yang tinggi namun tidak mengamalkan ilmu tersebut. Jika seseorang mempunyai iman yang lemah dan tidak mengamalkan ajaran yang diajar oleh agama maka hilanglah timbangan mereka dalam melakukan sesuatu tindakan. Lebih-lebih lagi kepada mereka yang mempunyai sebuah keluarga yang seharusnya bertanggungjawab dalam peranan masing-masing untuk menjaga keluarganya malah menyalahgunakan kuasanya sehingga membuat tindakan keganasan kepada ahli keluarga mereka. Mereka yang mempunyai iman yang tinggi dalam diri mereka tidak akan melakukan perkara yang seperti bentuk-betuk keganasan rumah tangga  untuk kepuasan nafsu dalam diri mereka seperti penderaan, memukul ataupun gangguan seksual. Oleh itu, terbuktilah bahawa iman di dalam diri amat penting untuk seseorang tidak melakukan keganasan rumah tangga kepada ahli keluarga mereka yang tersayang.

   Selain itu, tekanan hidup dapat memberikan faktor kepada berlakunya kes keganasan rumah tangga di Malaysia. Umum kita tahu bahawa penyakit Covid-19 ini telah melanda di Malaysia dan memberi pelbagai kesan dari pelbagai sudut. Seperti kes di atas, si isteri mempunyai hutang namun si suami yang hanya bekerja sebagai mekanik tidak mampu memberikan wang untuk membayar membuat is isteri hilang pertimbangan dan bertindak melakukan kecederaan kepada suaminya. Di sini kita boleh lihat bahawa tekanan hidup seseorang boleh memberikan kesan kepada orang sekeliling mereka. Untuk hidup dengan keadaan sekarang sudah tentu masing-masing mengalami tekan hidup sehingga tersilap langkah dalam membuat keputusan dengan melakukan pelbagai tindakan keganasan rumah tangga kepada ahli keluarga mereka untuk melepaskan tekanan yang mereka alami. Seharusnya, tekanan hidup ini perlulah ditangani dengan emosi diri sendiri dengan baik bukan dengan melempiaskan kepada insan yang tidak bersalah terutamanya kepada ahli keluarga kita yang tersayang. Dengan itu, tekanan hidup seseorang memberi faktor utama mengapa keganasan rumah tangga berlaku.


KESAN KES

   Antara kesan yang didapati di apabila kes keganasan rumah tangga beraku  di dalam sebuah keluarga ialah kesihatan mental dan fizikal terjejas. Tanda seseorang itu menjadi mangsa keganasan rumah tangga ialah lebam, luka atau bengkak dibadan dengan alasan disebabkan “kemalangan”, kemurungan dan kerap menangis, kerap menghilang diri, kerap datang lambat, kerap menerima gangguan panggilan telefon semasa bekerja, takut terhadap pasangan, tumpuan dan prestasi kerja merosot, menyisihkan diri dan mempunyai masalah kewangan. Ini menunjukkan kesan-kesan yang boleh berlaku kepada fizikal dan mental mangsa keganasan rumah tangga. Bentuk keganasan yang dilakukan secara fizikal meyebabkan kecederaan yang parah kepada mangsa sehingga ada sebahagian kes telah terbunuh akibat dipukul dengan teruk. Sebahagian mangsa keganasan rumah tangga ini juga tidak menyedari bahawa mereka juga  mereka juga diseksa secara mental sehingga mengalami tertekan dan penyakit kemurungan dan akhirnya  membunuh diri. Ini jelaslah bahawa keganasan rumah tangga memberikan kesan yang buruk kepada kesihatan mangsa. 

   Seterusnya, kesan yang boleh didapati ialah timbulnya masaalah sosial dalam sebuah keluarga. Masaalah sosial seperti meminum arak, penggunaan dadah, berjudi dan bermaksiat ini sering dijumpai oleh keluarga yang bermasaalah yang mengalami kesan daripada keganasan rumah tangga di dalam sebuah keluarga mereka. Sering kita lihat anak-anak muda terutamanya remaja yang terlibat dengan pelbagai gejala sosial ini sebenarnya mempunyai masaalah di rumah. Mungkin untuk melepaskan tekanan kecewa dan dipengaruh oleh persekitaran yang tidak elok, anak-anak ini telah memilih jalan yang salah. Kesan yang dialami oleh keluarga yang mengamalkan keganasan rumah tangga ini membuatkan anak-nak membesar  dengan pengalaman yang pahit. Seharusnya setiap anak-anak di dalam sebuah keluarga haruslah diberikan memori dan pengalaman yang indah untuk membesar menjadi manusia yang berjaya dalam hidup mereka. Namun tidak peliklah jika ada sebahagian masyarakat kita mempunyai melakukan kegiatan sosial yang tidak elok kerana dibesarkan dengan keluarga yang tidak harmoni. Dengan itu, kesan melakukan sebarang bentuk keganasan rumah tangga memberikan masaalah yang lain seperti gejala sosial di dalam masyarakat kita. 


SOLUSI KES

   Banyak solusi yang boleh dibuat untuk menangani ataupun mengambil tindakan jika berlakunya keganasan rumah tangga di dalam keluarga ataupun masyarakat. Tindakan yang boleh dilakukan apabila mengalami keganasan rumah tangga ini ialah melaporkan kepada pihak polis. Seterusnya, pergi ke hospital dan mendapatkan keputusan kecederaan secara fizikal dan mental oleh pihak hospital dan dijadikkan sebagai bukti. Bukti ini dapat membantu jika suami ataupun isteri yang mengalami keganasan rumah tangga untuk melakukan proses penceraian di Mahkamah Syariah kelak. Seterusnya jika anak-anak yang mengalami keganasan rumah tangga iaitu dipukul da didera juga boleh menggunakan proses tersebut sebagai bukti untuk dirujukkan kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat dan dapat ditempatkan yang lebih baik. Jika mengalami kesulitan untuk keluar ataupun mempunyai masaalah pengangkutan mangsa tersebut boleh menghubungi talian kecemasan 999 ataupun talian Kasih untuk memohon bantuan.

Selain itu, untuk menangani masalah keganasan rumah tangga ini, pihak KRT ataupun Rukun Tetangga boleh melakukan rondaan setiap hari di kawasan rumah masing-masing ataupun mendengar aduan daripada pihak jiran-jiran tentang penderaan, pukul atau sebarang bentuk keganasan rumah tangga yang berlaku di kawasan sekitar perumahan. Ini dapat membantu mangsa keganasan rumah tangga untuk bebas daripada mipi buruk mereka. Sebahagian mereka tidam dapat bantuan daripada pihak luar dan mungkin dikurung daripada rumah membuatkan mereka sukar untuk mendapatkan bantuan. Dengan adanya pihak KRT dapat menawarkan bantuan dan menyelamatkan nyawa mangsa keganasan rumah tangga. 

   Di samping itu, pihak kerajaan juga boleh mengambil langkah untuk menyelesaikan masaalah kes keganasan rumah tangga yang sering naik terutamanya ketika musim Perintah Kawalan  Pergerakan (PKP). Pihak kerajaan boleh memberikan kesedaran dengan melakukan kempen di sekolah, universiti ataupun di tempat terbuka seperti pusat membeli-belah dan pasaraya. Ini dapat memberikan kesedaran kepada orang awam apakah itu keganasan rumah tangga dan apa tindakan yang seharusnya boleh diambil. Ini kerana sesetengah masyarakat tidak mengambil pusing ataupun tidak tahu tentang keganasan rumah tangga. Seperti kes dia atas, ramai yang tida tahu bahawa mangsa seperti suami juga boleh menjadi mangsa keganasan rumah tangga dan bukan sahaja wanita ataupun kanak-kanak yang sering dikaitkan dengan kes ini. Oleh itu, langkah memberikan kesedaran kepada masnyarakat yang dibantu pihak kerajaan ini dapat dijadikan sebagai solusi untuk menolong mangsa keganasan rumah tangga ini.

PENGAJARAN
   Pengajaran daripada isu ini iaitu keganasan rumah tangga boleh dibendung dalam masyarkat serta menangani jika semua pihak bekerjasama. Isu ini haruslah membuka mata semua pihak kerana ianya melibatkan nyawa orang sekeliling terutamanya orang yang tersayang. Seharusnya semua rakyat Malaysia haruslah bertanggungjawab dalam mendirikan sebuah keluarga yang harmoni terutamanya yang beragama Islam untuk menghasilkan keluarga yang sakinah, mawadah dan warahmah, dalam menuju jalan bahagia ke syurga. Kalau dasar perkahwinan kerana cinta kepada Allah, pasti Allah akan mempermudahkan segalanya tiada sesuatu yang mudah kecuali apa yang dimudahkan oleh Allah, yang susah juga akan mudah jikalau Allah permudahkannya. 


RUMUSAN KES
   Tuntasnya, umat Islam haruslah berganding bahu dalam menjadikan sebuah masyarkat yang harmoni mengikut ajaran Islam demi mengelakkan berlakunya kes keganasan rumah tangga ini. Hasil daripada kes ini terdapat beberapa faktor, kesan dan solusi yang boleh diambil serta menjadikan ia sebagai pengajaran untuk mendirikan sebuah keluarga yang harmoni dan menghasilkan pelbagai insan yang boleh menjadi khalifah serta dapat memajukan negara kita. 


RUJUKAN RINGKAS :

  1.   Bernama, 2016
  2.  Latifah Arifin, 2021
  3.  Faris Danial Razi, 2020
  4.  Harakah Daily, 2020
  5.  Dr. Rosnah Ramly, 2012

DISEDIAKAN OLEH

NUR FATIN ADRIANA BINTI ROSLI (62212120363)

Comments